Syahadataian - 'LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH' yang bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH adalah kalimah yang agung bagi umat Islam. Syahadataian bukan hanya untuk dilafazkan semata-mata tetapi turut memberi implikasi yang sangat besar dalam kehidupan. Justeru itu, kita harus memahami kepentingan syahadataian seperti berikut:
1. Pintu Masuk Kepada Islam
Sahnya iman seseorang apabila menyebut syahadatain. Dengan syahadataian ini, seseorang Muslim itu menafikan segala Ilah atau Tuhan selain Allah dan akan patuh pada segala perintah agama. Kesempurnaan iman bergantung pada pemahaman dan pengamalan syahadataian dalam dirinya. Inilah yang membezakan seseorang itu sama ada dirinya Muslim ataupun kafir.
2. Intisari Ajaran Islam
Syahadatain mengandungi ketaatan pada Allah dan Rasul. Apabila masuk Islam, seseorang harus patuh seluruhnya pada ajaran Islam dan melaksanakannya. Apa saja yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah mesti ditaati kerana di dalamnya terkandung segala ajaran dan arahan dalam agama Islam.
3. Dasar Perubahan Menyeluruh
Perubahan yang berlaku bagi seseorang Muslim berbanding ketika zaman Jahiliyah adalah perubahan dari segi keimanan, pemahaman, pemikiran, muamalat dan sebagainya yang menjadi seseorang manusia menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya. Sebagai contoh, lihat saja pada Sahabat Nabi yang meninggalkan sisa-sisa jahiliyah apabila beriman kepada Allah. Perubahan ini berlaku atas dasar keimanan dan kefahaman terhadap sesuatu perkara.
4. Hakikat Dakwah Para Rasul
Kesemua Para Rasul sebelum ini menyampaikan dakwah kepada umatnya dengan mentauhidkan Allah dan meninggalkan sembahan yang lain. Ini adalah isi dakwah yang paling penting untuk dilaksanakan oleh para Rasul dalam memastikan umatnya benar-benar beriman kepada Allah.
5. Ganjaran Yang Besar
Janji Allah kepada para Rasul dan golongan yang beriman kepada-Nya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. Ganjaran syurga semestinya dijanjikan kepada golongan yang menterjemahkan konsep syahadatain ini dalam kehidupan. Semestinya, hanya Allah Taala saja yang berhak diimani dan ganjaran-Nya saja yang paling tinggi nilainya.
Wallahua'lam...
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment