Rujukan:
Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan (mendapat) tempat yang baik di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung. (At-Taubah: 72)
Monday, December 28, 2009
Bersama - Sama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar
Rujukan:
Wednesday, December 23, 2009
Demam Cacar
Thursday, December 3, 2009
Memahami Jiwa Yang Sensitif
Wednesday, November 25, 2009
Perbezaan Hari Kiamat dan Hari Dunia - Ayat Mutasyabihaat
Penyesuaian antara ayat tadi dengan ayat dari surah al-Sajdah iaitu firman Allah:
Hal ini terjadi kepada orang-orang kafir, sementara orang-orang mukmin tidak demikian. Ini berdasarkan firman Allah:
“Penghuni syurga pada hari itu lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat istirehatnya.” (Al-Furqan, 25: 24)
Para ulama bersependapat bahawa tempat beristirehat dan tempat tinggal itu adalah syurga.
Rujukan:
Monday, November 23, 2009
Khawarij - Golongan Yang Terkeluar
Jika kalian melihat orang-orang yang berbantah-bantahan tentang al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang dimaksud oleh Allah, maka waspadalah terhadap mereka.”
Hadith di atas diriwayatkan oeh al-Hakim dalam kitabnya, al-Mustadrak.
Rujukan:
Wednesday, November 18, 2009
Ayat - Ayat Muhkamaat & Mutasyabihaat
Contoh ayat-ayat Muhkamaat:
Contoh ayat-ayat Mutasyabihaat:
Rujukan:
Thursday, November 12, 2009
Glaucoma
Instructions:
Things You Need:
1) Vitamin C
2) Magnesium
3) Ginkgo Biloba
4) Bilberry
How to improve glaucoma with vitamins and herbs?
1) Step 1
2) Step 2
3) Step 3
4) Step 4
5) Step 5
Wednesday, November 11, 2009
Waraskah Seorang Mu'min?
Moga-moga dengan membaca sirah Rasulullah dan para sahabat, dapat muhasabah iman dalam diri ini. Semoga iman yang diperolehi ini dapat dijaga dan ditingkatkan sebaik-baiknya.
Monday, November 9, 2009
Syabas Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan
Wednesday, November 4, 2009
Layakkah Aku?
‘Cukup Memalukan!!’
‘Cukup Mengaibkan!!’
Monday, November 2, 2009
HORENSO
Hokoku : Report
Renraku : Contact / Inform
Sodan : Consult
A) Hokoku (Report)
Report on what was instructed.
Report = Responsibility + Spontaneous Action
Main Report:
1) Final Report
2) Interim Report / Progress Report
Sub Report:
1) Trouble Report
2) Changing Report
3) Information Report
B) Renraku (Contact / Inform)
Inform the related people the contents of the work which was instructed by superior.
The information types:
1) To the people who are in the same section
2) To the people who are in the other section
3) To the customer
C) Sodan (Consult)
If facing problem on judgement of the work, please get an advice and hints from superior to settle the problem.
The consultation steps:
1) Consideration and timing
2) Preparation before consultation
3) Effectiveness of consultation
The Procedure of Job (PDCA Circle):
1) Receive and instruction from superior
2) Make a PLAN
3) DO the plan
4) CHECK the process of the plan
5) Take an ACTION
6) After the action, report (Hokoku) to the superior
Saturday, October 24, 2009
Falsafah Filem P.Ramlee
Filem Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila Do Re Mi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.
Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah Do-Re-Mi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.
Banyak terjadi sekarang. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu. Laporan audit negara 2008 pula, 1 liter petrol bernilai RM 300 yang berlaku di Pulau Pinang.
Siapa penyamun dan siapa yang kena samun?
Penyamunnya ialah kontraktor, pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai, duit yuran sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah, bantuan buku dan bantuan makanan, tetapi masuk poket penyamun. Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?
Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok. Penyamun- penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.
B) TIGA ABDUL
Cuba pula kita lihat filem Tiga Abdul. Tuan Penasihat ada macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan. Tuan penasihat memang dah tetapkan ‘25%’ dalam setiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada ‘25%’ itu untuk orang tengah.
“Kalau marah nanti kena jual.” Itulah syarat utama dalam perjanjian Tiga Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu? Apa kena-mengena dengan orang marah?
Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marahlah paling senang kena provok. Orang yang marahlah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senanglah manipulator masukkan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam Tiga Abdul, jadi hamba lelongan.
Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turunnya.
P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa Dua Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.
C) ALI BABA BUJANG LAPOK
Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
“Kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.” Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.
P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap, tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.
P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.
D) NUJUM PAK BELALANG
Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan, perjudian, sudah tentu ada taukehnya. Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi ‘Ketua kepada segala ketua perbicaraan.’ Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. “Correct... Correct... Correct.”
Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahli nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.
Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.
Hairan, filem yang dah 40 dan 50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.
E) MUSANG BERJANGGUT
Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal di sebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita. Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing. Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadilah dia mangsa untuk dijadikan bukti di hadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.
Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan ‘happy ending’ sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.
P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.
Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia menggelakan diri sendiri.......
Hahahahahaha...... Hahahahahaha....
*Artikel ini telah diemail oleh Kharuddin Abdul Wahab kepada penulis dan terdapat sedikit pengubahsuaian.
Tuesday, October 20, 2009
Pengembaraan Ke Jepun - 1001 Kenangan
Pengembaraan yang cukup dinanti-nantikan untuk menimba pengalaman di negara orang. Sudah tentu apabila mengetahui kemajuan Negara Jepun yang jauh mendahului Malaysia. Sehinggakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 telah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur untuk memberikan impak kepada Malaysia. Meskipun impak dasar tidaklah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju namun setidak-tidaknya kita melangkah ke arah itu dengan wujudnya Wawasan 2020.
Bagaimana kalau kita masih ingat dengan matapelajaran Sejarah Tingkatan 3, Jepun mengalami perubahan dari segi ekonomi, sosio-politik dan kemasyarakatan sebaik sahaja Perang Dunia Kedua. Gerakan Pemulihan Meiji yang sudah pasti telah merubah kondisi masyarakat Jepun menjadi sebuah negara yang maju.
Ketika mula menjejakkan kaki ke sana, antara perkara yang cukup dirisaukan ialah tentang pemakanan di sana. Alhamdulillah, sebelum berangkat ke sana, Assistant Manager wanita di syarikat saya berbangsa Jepun memberikan saya sehelai kertas yang tertulis makanan yang kami tak boleh dimakan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Maknanya, sebelum hendak memesan makanan, saya akan menunjukkan kertas itu kepada pelayan atau bos saya yang hendak memesan makanan. Sebab, bukan mudah hendak berkomunikasi dengan mereka walaupun dengan Bahasa Inggeris sebab mereka begitu mengagungkan bahasa mereka. Meskipun tidak menguasai Bahasa Inggeris, mereka mampu melangkah lebih maju berbanding bangsa lain. Tak perlulah heboh sangat nak mengajar dan diajar Bahasa Inggeris dalam subjek lain seolah-olah melebih-lebihkan bahasa lain dari bahasa ibunda sendiri. Kalau di sebuah negeri di utara pula, heboh nak buat papan tanda (signboard) dalam pelbagai bahasa yang merangkumi bangsa-bangsa di Malaysia yang seolah-olah tiada jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Selama seminggu berada di sana, banyak perbandingan yang telah saya buat di antara Jepun, Malaysia dan Islam. Meskipun sebelum ini hanya mendengar dari perbualan orang, tetapi dapat juga dibuktikan dengan penglihatan. Dari segi sistem pengangkutan yang canggih dan teratur seperti keretapi, monorail dan bullet train, jelas sistem pengangkutan di sana cukup memuaskan hati. Waktu ketibaan dan pergerakan keretapi juga tepat mengikut jadual. Ketepatan waktu cukup amat dihargai oleh masyarakat Jepun terutama ahli perniagaan yang memerlukan perkara tersebut untuk bertemu pelanggan. Pernah sekali ketika menunggu keretapi yang lewat 5 minit di atas sebab-sebab tertentu, General Manager saya cakap, “You’re lucky to see this condition. This is not always happened.”
“Janji Melayu” adalah istilah yang agak sinonim dengan orang Melayu yang tidak tahu menepati janji seolah-olah perbuatan yang tidak menepati masa mungkin menjadi budaya orang Melayu.
Firman Allah: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-Asr, 103: 1-3)
Setiap kali permulaan sesuatu majlis, seringkali dibacakan ayat ini, tetapi di mana impaknya? Adakah sekadar ucapan tetapi tidak sampai ke hati dan perbuatan? Bagaimana masyarakat di Jepun boleh mengaplikasikan perkara ini tetapi tidak bagi kita? Bekerja di syarikat Jepun ini juga menjadikan diri ini selalu mementingkan soal disiplin. Lewat datang kerja walaupun 1 minit, tetap ditolak gaji RM 20 walau apa pun alasannya. Meskipun kadang-kadang tertekan dengan disiplin ini, bagi saya mungkin ini satu cara untuk saya mendisiplinkan diri di samping seringkali muhasabah diri ini. Alangkah sedihnya, kadang kala para aktivis Islam sendiri pun gagal mematuhi masa atas pelbagai alasan termasuklah diri saya. Sama-sama lah kita muhasabah diri ini.
Di Malaysia, seringkali terhidang di dada akhbar akan kemalangan jalan raya saban hari. Buatlah apa pun kempen sama ada Ops Sikap dan lain-lain tidak menjadikan perkara ini menjadi lebih baik bahkan menjadi lebih buruk. Sikap pemandu yang panas baran, suka berlumba-lumba dan gagal untuk berlapang dada di antara sesama pengguna jalan raya adalah faktor – faktor berlakunya kemalangan. Keadaan jalan raya yang tidak selamat dan teruk juga perlu diberikan perhatian. Tidak perlulah menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK), baru hendak diperbaiki jalan-jalan tersebut. Berlainan apabila menaiki kereta, teksi dan limosin melalui jalan raya di Jepun, betapa disiplinnya mereka membawa kereta. Tidak nampak mereka berlumba-lumba sesama mereka dan mengikut had laju yang ditetapkan serta mematuhi lampu isyarat. Meskipun tiada kereta di jalan tersebut, pejalan kaki tetap mematuhi lampu isyarat. Kalau di Malaysia atau Indonesia, membawa laju itu perkara biasa dan bunyi hon yang menyakitkan telinga. Kalau menurut GM saya, setiap kereta di Jepun akan dibuat major inspection setiap 2 -3 tahun sekali untuk mengenal pasti kondisi sesebuah kenderaan dan major inspection bukanlah servis yang biasa dilakukan. Itulah sebabnya, jarang-jarang kelihatan kereta breakdown di tepi-tepi jalan.
Kebersihan bandar dan alam sekitar cukup mengagumkan. Saya teringat apabila melalui jambatan yang merentasi sebatang sungai. Saya tidak pernah menjumpai sungai sebersih ini di Malaysia. Bahkan dapat kelihatan ikan-ikan berenang dengan bebas di sungai tersebut.
Rasulullah bersabda: “Kebersihan itu separuh daripada iman”
Kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ gagal mencapai matlamat menurut pengamatan saya. Apa gunanya pelbagai kempen dilaksanakan tetapi jiwa setiap masyarakat gagal ditarbiyah mengikut Islam. Tarbiyah dalam diri ini lah yang memberi pedoman kepada manusia. Alangkah malunya, jika orang kafir dilihat lebih cenderung kepada Islam bahkan majoriti mereka tidak mengenali Islam sedangkan kita yang Islam sejak lahir makin jauh dari ajaran Islam.
Apabila berurusan dalam perniagaan, bagaimana mesranya pekedai tersebut melayani pelanggannya dan ini didapati hampir semua kedai yang saya pergi. Bahkan apabila membuat bayaran, keluar dari mulut mereka lafaz akad jual beli seperti yang disyorkan dalam Islam, ‘Saya jual barang ini kepada kamu dengan harga.....’ Pada mulanya saya tidak tahu dan tidak faham lafaz apa yang dilafazkan, tetapi apabila berhubung dengan seorang Sensei Bahasa Jepun di UPM, barulah saya tahu, itulah lafaznya.
Alhamdulillah, walaupun pengembaraan ke Jepun ini hanya seminggu dan sudah hampir setahun berlalu, namun kenangannya masih segar di dalam hati. Saya banyak berceritakan kisah-kisah ini kepada keluarga saya dan sahabat karib saya. Berbezanya sebuah negara Islam dengan sebuah negara bukan Islam. Apabila berada di sana, terasa berada di sebuah negara Islam yang hebat dari segi tamadun, meskipun umat Islam adalah segelintir kecil tetapi pengamalannya mengenai Islam adalah hampir keseluruhannya.
Teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh: “Aku menjumpai Islam tanpa Muslim di Barat, Aku menjumpai Muslim tanpa Islam di Timur.”
Mendengar kata-katanya, saya pun berkata: “Aku menjumpai Islam tanpa Muslim di Jepun, Aku menjumpai Muslim tanpa Islam di ........”
Tuesday, October 13, 2009
Infaq
Ayat (2:261) diturunkan berkaitan dengan Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Suatu ketika Abdul Rahman bin Auf telah datang mengadap Nabi s.a.w. sambil membawa wang sebanyak empat ribu dirham untuk disedekahkan. Beliau berkata: Aku mempunyai lapan ribu dirham, aku simpan empat ribu dirham darinya untuk diriku dan keluargaku, empat ribu lagi aku pinjamkan untuk Tuhanku. Lantas Rasulullah s.a.w. bersabda: Semoga Allah memberkati anda pada apa yang anda simpan dan apa yang anda berikan. Sementara Uthman r.a. berkata: Menjadi tanggungjawab saya menyediakan kelengkapan untuk orang yang tidak memiliki kelengkapan dalam peperangan Tabuk. Lalu beliau menyediakan seribu ekor unta siap dilengkapi dengan tali hidung dan pelananya. Beliau juga mewakafkan perigi miliknya yang bernama Bi’r Ruumah kepada kaum muslimin. Kata Abu Sa’id al-Khudri: Saya melihat Rasulullah s.a.w. menadah tangan Baginda ke langit seraya berdoa untuk Uthman: “Ya Tuhan, sesungguhnya aku meredhai Uthman bin Affan, maka redhailah dia.” Baginda terus menadah tangan sehingga terbit fajar. Lalu Allah s.w.t. menurunkan firmanNya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah...” (al-Baqarah, 2:261).
Ayat di atas mengandungi keterangan berhubung perumpamaan mengenai nafkah di jalan Allah, di samping gesaaan dan galakan supaya berbelanja di jalan Allah. Frasa berkenaan diandaikan begini: “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya ialah seperti orang yang menyemai biji benih di tanah. Lalu satu biji benih tersebut menumbuhkan tujuh tangkai.” Orang yang bersedekah diumpamakan sebagai orang yang menyemai dan sedekah diumpamakan sebagai biji benih. Lalu Allah s.w.t. berikan untuk setiap sedekah tujuh ratus kebaikan. Infaq tersebut merangkumi yang sunat dan yang wajib. Justeru, terdapat banyak jenis jalan Allah. Oleh itu, tidak perlu kepada sandaran pendapat menyatakan bahawa ayat berkenaan diturunkan sebelum ayat zakat, kemudian dimansukhkan dengan ayat zakat, sebab infaq di jalan Allah adalah sunat dan digalakkan pada setiap waktu.
Pada ayat (2:264) menerangkan bahawa infaq di jalan Allah tanpa mengungkit-ngungkit dan menyakiti si penerimanya merupakan sebab mendapat keredhaan Allah. Ini sebagaimana Rasulullah bersetuju dengan Uthman yang menyediakan kelengkapan tentera al-Usrah (Perang Tabuk). Beliau datang membawa seribu dinar dan meletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Baginda bersabda: “Tidak akan menimpa mudharat terhadap Ibn Affan dengan apa yang ia lakukan selepas hari ini. Ya Allah, janganlah engkau hari ini lupakan untuk Uthman.”
Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.” (al-Insan, 76:9).
Al-Mann (menyebu-nyebut atau mengungkit-ungkit) adalah perbuatan dosa besar. Al-Mann ialah menyebut-nyebut kebaikan yang dilakukan seolah-olah ia terlalu banyak dan membanggakannya. Contohnya, seorang itu mengatakan: "Aku telah menolong kamu sepenuhnya"; “Aku telah mengangkat kedudukan kamu” dan sebagainya. Menurut sebahagian pendapat lain, al-mann ialah menghebahkan pemberian yang dihulurkan hingga sampai kepada pengetahuan orang yang menerima pemberian itu sendiri, lalu ia merasa seolah-olah disakiti. Dalil perbuatan tersebut dikategorikan sebagai dosa besar sepertimana yang disebut dalam Sahih Muslim dan lain-lain. Diriwayatkan daripada al-Nasa’i daripada Ibn Umar katanya; sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiga (orang) yang tidak dipandang Allah kepada mereka pada hari kiamat (iaitu) penderhaka kepada kedua ibu bapa, wanita yang berpakaian seperti lelaki dan lelaki dayus. (Tiga (orang) yang tidak masuk ke dalam syurga (iaitu) penderhaka kepada ibu bapa, kaki arak dan orang yang gemar mengungkit-ungkit pemberiannya.”
Al-Aza (menyakiti) ialah mencela dan bersungut-sungut. Ia lebih umum daripada al-mann. Ini kerana al-mann adalah sebahagian daripada al-aza tetapi disebut di dalam nas kerana ia kerap berlaku.
Pada ayat (2:265) yang menyebut “yang timbul dari jiwa mereka” yakni berpunca dari dalaman diri sendiri tanpa pengaruh luaran, menunjukkan bahawa amalan infaq digerakkan dengan keyakinan diri sendiri dan kepercayaan diri tentang kewajaran perkara itu dan mujahadah melawan sifat bakhil. Bandingan yang dipaparkan bererti orang yang melakukan infaq kerana Allah dan di jalanNya, di samping ingin meneguhkan diri untuk terus menderma harta mereka dan melakukan kebajikan atau ingin bermurah hati untuk menderma pada kadar kemampuan masing-masing.
Firman Allah s.w.t.: “......serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.” (al-Anfal, 8:72)
Menginfaqkan harta benda di jalan Allah adalah satu latihan kepada setiap individu sebelum melangkah kepada cabaran yang lebih besar iaitu menginfaqkan jiwa di jalan Allah.
Pada ayat (2:267), terdapat beberapa riwayat tentang asbabun nuzul ayat ini. Al-Hakim meriwayatkan daripada Jabir, katanya: Nabi s.a.w. memerintahkan agar ditunaikan zakat fitrah pada kadar segantang tamar. Kemudian terdapat seseorang mengeluarkan zakatnya dengan tamar yang sudah rosak. Berikutan itu, diturunkan firman Allaj s.w.t.: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik...” (al-Baqarah, 2:261)
Allah s.w.t. memerintahkan kamu supaya menyumbangkan harta yang bersih dan baik, sama ada berbentuk wang, haiwan, biji-bijian, tumbuhan atau barang dagangan atau yang lainnya.
Firman Allah s.w.t.: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.” (ali Imran, 3:92)
Allah melarang dari memilih mana-mana harta yang buruk dan tidak elok untuk dijadikan sumbangan. Sesungguhnya Allah adalah Baik, maka Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dia tidak menerima suatu yang tidak disukai hati.
Imam Syafi’i mengatakan: “Haram bagi seseorang yang wajib bersedekah dengan memberi barang yang buruk.”
Ar-Rabi’ berkata bahawa Imam Syafi’i memberitahu kami, Sufyan menyampaikan hadith kepada kami dari Dawud bin Abu Hind, dari asy-Sya’bi, dari jarir bin Abdullah al-bajalli, dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika kalian didatangi orang yang bersedekah maka hendaknya dia tidak meninggalkan kalian kecuali dalam keadaam redha.” (HR Tirmidzi)
Pada ayat (2:270), Allah s.w.t. memberi pilihan antara bersedekah secara sulit atau secara terang-terangan, bagaimanapun jika sedekah disembunyikan adalah lebih baik. Hal ini disokong dengan hadith mengenai tujuh golongan yang dilindungi Allah pada hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya, antaranya ialah: “Seseorang yang bersedekah lalu ia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa dibelanjakan dengan tangan kanan.”
Sekiranya kamu menzahirkan sedekah sunat dengan tujuan menggalakkkan orang lain agar melakukan seperti itu, maka ia adalah tindakan yang baik. Seandainya kamu menyembunyikan perbuatan itu hingga tiada sesiapa pun mengetahui, lalu kamu berikan kepada fakir miskin, maka tindakan itu juga adalah baik kerana terhindar daripada riya’ dan kemegahan. Allah s.w.t. menghapuskan sebahagian dosa kamu dengan sedekah tersebut, sebab sedekah tidak menghapuskan semua dosa dan kejahatan.
Konklusinya, ayat yang berkaitan infaq merangkumi zakat dan sedekah. Begitu pun, perintah zakat pada ayat berkenaan menunjukkan hokum wajib. Ia dikhususkan dengan beberapa kadar tertentu yang ditetapkan. Manakala sedekah sukarela, perintah mengenainya menunjukkan hukum sunat. Ia tidak dikhususkan dengan kadar tertentu. Boleh jadi sedikit dan boleh jadi juga banyak, tetapi hendaklah dipilih yang elok, sebagaimana yang diterangkan oleh para fuqaha’ dalam hukum-hukum zakat.
Rujukan:
1) Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, “Tafsir al-Munir ”, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2007.
2) Syaikh Ahmad Musthafa al-Farran, “Tafsir al-Imam asy-Syafi’i”, Penerbit Almahira.
Friday, October 2, 2009
Salam Eidul Fitri Dari Indonesia Ke Malaysia
Hari Raya tahun ini, saya dan keluarga melancong ke Indonesia di sekitar Jakarta dan Bandung bermula Hari Raya Kedua hingga Keenam. Mulanya, agak risau tentang berita anti-Malaysia di Indonesia tapi Alhamdulillah, tiada apa yang ditakutkan. Cuma di kaca televisyen, heboh tentang kes Manohara dengan Putera Sultan Kelantan. Entah siapa yang betul, siapa yang salah. Juga heboh dengan kematian Nordin M.Top serta sejarah keganasan bersama Dr Azhari sebelum ini. Entah betul atau tidak.
Membeli belah adalah kegemaran kaum wanita. Saya mengatakan berikut apabila melihat terus kegemaran ibu saya. Memang Jakarta dan Bandung ibarat syurga membeli belah dengan kualiti yang baik dan harga yang jauh lebih murah dari Malaysia. Apa jua barang sama ada pakaian, perabot dan sebagainya. Saya pun naik bersemangat membeli belah tapi pada buku-buka agama. Harga Tafsir Ibn Katsir 1,330,000 Rp bersamaan lebih kurang RM 500. Kalau di Malaysia harganya RM800, macam mana saya tak bersemangat hendak beli. Tafsir Imam Syafi’i juga dalam lingkungan harga RM240. Sayang sekali, tiada tafsir Imam Abu Hanifah. Saya cukup kagum dengan kehebatan masyarakat mereka yang banyak menghasilkan buku-buku agama yang terkini dan berkualiti. Bahkan penafsiran al-Quran dan Hadith cukup pantas jika dibandingkan dengan Malaysia. Mungkin ini sebabnya, penyebaran dan kesedaran agama Islam cukup hebat di sana.
Di sebalik kehebatan bandaraya Jakarta, sebenarnya masih ramai rakyatnya yang jauh ketinggalan dan miskin. Menurut seorang pemandu teksi yang membawa kami, rakyat di Indonesia ini, yang kaya akan melampau kaya dan yang miskin akan melampau miskin. Saya teringat keadaan di tengah-tengah bandaraya, anak-anak muda bermain muzik di tepi jalan raya dan kawasan lampu isyarat semata-mata hendak mendapatkan wang. Alangkah pilunya hati ini. Mengambil kata-kata seorang pengamal undang-undang di Indonesia, apa yang berlaku ini adalah disebabkan kesilapan ketika hendak mencapai kemerdekaan. Apabila Indonesia merdeka, pembangunan Negara diberikan dua pilihan sama ada undang-undang ataupun terus kepada ekonomi. Maknanya, sekiranya negara memilih mendahulukan undang-undang, segala pembangunan akan melihat dari segi kewajaran ekonomi itu sama ada bebas dari sebarang penyelewengan ataupun korupsi. Sebaliknya, jika negara memilih untuk terus kepada ekonomi, ekonomi akan dibangunkan tanpa sebarang halangan penyelewengan ataupun senang faham, bangunkanlah ekonomi melalui cara apa pun asalkan berjaya. Cara kedua inilah boleh diibaratkan “Matlamat menghalalkan cara!” Sayangnya, pemerintah negara ini memilih cara kedua untuk membangunkan negara dan ini lah akibatnya. Saya sempat bertanya tentang beberapa tokoh di Indonesia kepada dia termasuklah SBY, Hidayat Nur Wahid, Amien Rais, Megawati dan Suharto tetapi dia lebih cenderung atau suka kepada pimpinan SBY yang berusaha menghapuskan korupsi, rasuah dan sebagainya. Tetapi, dia juga berpendapat, agak sukar untuk melakukan perubahan ini yang sudah tentu mengambil masa yang cukup lama.
Mungkin bercakap atau menjanjikan sesuatu cukup mudah dari melaksanakan. Kita mungkin senang cakap untuk menghapuskan rasuah, menutup kilang arak, pusat judi dan kasino tetapi perkara ini bukanlah semudah yang disangka. Bahkan cukup sukar sekiranya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama sehinggakan semangat perkauman cukup menebal.
Di sebalik lawatan saya ke Indonesia ini, saya cukup berfikir tentang kondisi di Malaysia. Ramai beranggapan rakyat Malaysia adalah rakyat yang cukup bertuah tetapi adakah kita benar-benar bertuah? Wujud juga perbezaan darjat yang ketara meskipun tidak sedahsyat Indonesia. Bagaimanalah kita hendak mengubahnya di samping memperbaiki akhlak-akhlak masyarakat yang makin lama semakin jauh dari agama. Masyarakat kita semakin lama, membawa sikap individualistik tanpa menghiraukan keadaan umat di sekitarnya. Lebih mengutamakan kerjaya, kekayaan tanpa memikirkan keadaan umat.
Entah sihat ke tidak jiran kita?
Entah makan dan minum ke tidak mereka?
Entah solat ke tidak mereka?
Masih beriman lagi atau tidak mereka?
Saya teringat satu sms yang dikirimkan oleh seorang sahabat pada tahun lepas yang masih saya simpan hingga sekarang kerana mengandungi erti yang cukup mendalam.
“Inginku sampaikan kepada kalian semua, jiwaku bebas dan merdeka, mungkin kau melihat aku tak punya harta tetapi aku bahagia, bahagia mencipta bangunan manusia berjiwa hamba, bahagia bekerja walaupun buruh biasa. Inginku sampaikan kepada kalian, kebahagiaan yang ALLAH campakkan ini seringkali buatku menangis, bagaimana ku bisa mengajak kalian berbahagia bersama?”
Andai Nabi Muhammad s.a.w. masih menyebut “umatku...umatku..” di saat kewafatan beliau, mengapa tidak kita. Semoga Allah menjadikan diriku dan diri kalian terus tabah untuk mengembara menyebarkan Islam dan semoga umat muslimin dan muslimat menjadi keutamaan sepanjang hayat.
Tuesday, September 29, 2009
Ikrar Perjuanganku
Tuesday, September 8, 2009
Tafsiran Surah al-Ikhlas
(In the name of God, Most Gracious, Most Merciful)
1. Katakanlah (Ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa
(Say: He is Allah, the One and Only!)
2. Allah tempat berharap
3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tiada yang setara dengan-Nya.
Tafsir dan Ulasan
Bismillâh ir-Rahmân ir-Rahîm
Qul huwa Allâhu ahad
Qul = say, teach, tell (root q-w-l ... to speak, say, inspire, point out, tell, relate, teach, assert)
huwa = he pronoun, 3rd person, masc, nominative
Allahu = Allah the u at the end indicates that Allah is the subject
ahad = the one, the only one, one without any partner, one without a second
Firman Allah: “Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa” (al-Ikhlas, 112:1). Ertinya: Katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, ertinya Esa pada zatNya dan sifatNya. Tiada sekutu bagiNya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian wujudnya sekutu-sekutu. Dialah Allah yang kalian kenali dan akui sebagai pencipta langit dan bumi serta pencipta kamu. Dia satu dan tunggal dengan sifat ketuhanan. Dia tidak mempunyai sekutu. Ayat ini sebenarnya merupakan penafian tentang banyak Tuhan atau zat Tuhan.
Allâh s-samad
Allah = Allah
s-samad = eternal, absolute, one whom all need, one who is the foundation of all, solid, independent
Firman Allah: “Allah tempat berharap” (al-Ikhlas, 112:2).
Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna “as-samad” ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna PenguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemulianNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya serta sempurna. Allah Maha Bijaksana dan amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuasaan. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah miliknya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa.
Lam yalid wa lam yûlad
Lam = (particle) did not, was not
yalid = give birth to, generate, produce, sire, beget ya is an imperfect prefix, the root is w-l-d
wa = and, and also
lam = (particle) not, did not, was not
yulad = birthed, born, generated, produced, sired, begotten yu is imperfect prefix, the root is w-l-d
Firman Allah: “Tidak beranak dan tidak diperanakkan” (al-Ikhlas, 112:3).
Ayat pertama menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para Malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyaggah pandangan orang-orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan dan berfahaman Trinity (konsep tiga tuhan). Ia juga menyanggah pandangan al-Sobi’ah yang menyembah bintang. Setiap penafian pula merupakan sanggahan terhadap pengikut akidah batil seperti Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan bagi ala mini iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Ayat yang kedua pula menafikan kewujudan bapa (bagi Allah) dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan bapa.
Wa lam yaku llahû kufuwan ahad
Wa = and, and also
lam = (particle) was not, did not
yaku(n) = is, was ya is an imperfect prefix, root k-w-n, ( note: the n is not pronounced in this phrase)
llahu = unto Him, with Him
kufuwan = equal, like, comparable, matching, corresponding root k-f- ' meaning to be comparable, like, similar to
ahad = the One, the only One, the One without any partner, the One without a second
Firman Allah: “Dan tidak ada yang setara denganNya” (al-Ikhlas, 112:4).
“Pencipta langit dan bumi. Bagaimana mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman. Pencipta segala sesuatu” (al-An’am, 6:101)
“Tidaklah wajar bagi al-Rahman (Allah) untuk (mempunyai) anak. Pada hal segala sesuatu yang di langit dan di bumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian” (Maryam, 19: 92-95).
Asbabun Nuzul
Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!” Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.
Ibn Jarir dan al-Tirmizi dalam riwayat lain menambah bahawa as-Samad ialah “yang tidak beranak atau tidak diperanakkan” kerana setiap yang dilahirkan pasti akan mati. Manakala setiap yang mati pasti akan meninggalkan waris, sedangkan Allah tidak mati dan tidak pula meninggalkan waris. Firman Allah: “Dan tidak ada yang setara dengan-Nya” (al-Ikhlas, 112:4). Ertinya, tiada yang serupa atau yang menyamai Allah SWT. Tiada yang dapat menjadi setara dengan-Nya.
Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: “Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: “Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatnya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami, Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas atau tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa. Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini dengan menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.
Kelebihan
Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i meriwayatkan dari Abi Ayub al-Ansari daripada Nabi SAW bersabda:
“Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca satu per tiga al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut satu per tiga al-Quran.”
Kesimpulan
1) Surah ini mengandungi rukun-rukun aqidah dan syariat Islam yang terpenting iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya dengan sifat-sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang sekutu bagiNya. Ini secara tidak langsung menolak pandangan orang-orang Nasrani yang menyatakan Isa adalah anak Tuhan dan menganut fahaman Trinity (konsep tiga Tuhan). Surah ini menyanggah perbuatan orang-orang musyrikin yang mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan yang lain di samping pengabdian diri kepada Allah dan menyatakan bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah. Ini turut menafikan pandangan Yahudi yang menyatakan Uzair adalah anak Allah.
2) Para ulama’ berkata: Surah ini menjelaskan hak-hak Allah sebagaimana surah al-Kauthar menjelaskan hak-hak Rasulullah. Cuma celaan terhadap hak-hak Rasulullah dalam surah al-Kauthar adalah kerana mereka berkata bahawa Baginda “abtar” (terputus zuriat tidak mempunyai anak lelaki). Manakala celaan terhadap Allah yang dijawab dalam surah al-Ikhlas ini adalah kerana dakwaan mereka bahawa Allah mempunyai anak. Kalau ketiadaan anak merupakan satu perkara yang mengaibkan bagi manusia, maka kewujudan anak bagi Allah pula adalah kekurangan atau ke’aiban bagi Allah. Justeru itu, Allah menyatakan di sini, “Katakanlah wahai Muhammad,” bagi menolak pandangan serong terhadap Allah ini. Manakala di dalam surah al-Kauthar, Allah tidak menyebut “Katakanlah,” tetapi Allah berfirman secara terus agar Dia sendiri dapat mempertahankan Rasulullah.
3) Konsep aqidah dan tauhid yang benar inilah yang perlu diikuti oleh seluruh umat manusia. Konsep inilah yang berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj dan mempersatukan Muhajirin dan Ansar. Aqidah yang bersih inilah yang akan menjamin akhlak yang baik, ibadah yang benar serta keutuhan politik dan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Kebelakangan ini, kita sering mendengar konsep penyatuan sama ada kerajaan perpaduan (unity government) atau one nation (1Malaysia). Jika kita kembali kepada sirah Rasulullah, penyatuan yang berlandaskan tauhid yang Esa dan benar adalah penyatuan yang cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Ternyata konsep penyatuan yang dicanang oleh manusia masih terdapat banyak kelemahan seperti timbul syak wasangka dan sikap menuding jari andai tidak berdasarkan kepada ajaran Islam.
Rujukan
1) http://wahiduddin.net/quran/ikhlas.htm
2) Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, “Tafsir al-Munir (Juz ‘Amma)”, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2007.
Tuesday, September 1, 2009
Membina Jiwa Yang Merdeka
Pada tahun ini, tidaklah sebegitu untuk menghormati bulan Ramadhan dan bimbang dengan penularan virus H1N1. Saya teringat, sambutan Tahun Baru 2005 dibatalkan disebabkan berlakunya Tsunami pada Disember 2004. Jelas, dalam hati kecil manusia mengakui konsert-konsert ini adalah bersalahan dari sisi agama. Apa gunanya, kita meraikan sebegitu meriah Hari Merdeka atau Tahun Baru, tetapi dengan cara yang tidak Merdeka sebagai Muslim.
Rubi’ bin Amir apabila berhadapan dengan Kerajaan Rustum, beliau berkata: “Kami ingin membebaskan (memerdekakan) manusia dari penyembahan kepada manusia kepada penyembahan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kekejaman agama kepada keadilan Islam.”
Bilal bin Rabah, meskipun seorang hamba, menunjukkan ciri-ciri seorang yang merdeka meskipun diseksa sebegitu teruk. Beliau meyakini perhambaan kepada Allah adalah jiwa seseorang yang merdeka, tidak dikuasai oleh kuasa lain. Keluarga Yasir dan Sumayyah juga sanggup syahid demi mempertahankan akidah yang suci.
Jiwa seseorang yang merdeka tidak akan tunduk kepada sebarang kuasa yang menekannya jauh dari fitrah sama ada taghut, pemimpin, majikan, kuasa, pangkat atau wang ringgit. Mudah saja beberapa pemimpin mengabaikan amanah yang diberikan atau menukar pendirian perjuangan politik dengan sekelip mata hanya disebabkan sedikit habuan. Cuba bayangkan jika sikap ini wujud ketika zaman penjajahan Barat dan Jepun? Inilah contoh tali barut zaman moden. Kalau wujud sikap ini kepada pemimpin, bagaimana pula dengan masyarakatnya?
Sama juga, kerana pangkat dan wang ringgit, seseorang pekerja sanggup meraikan majikan hingga mengabaikan solat, melayan wanita yang bukan muhrim dan makan dan minum benda yang haram. Sebagai contoh; ketika ayah saya bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan terkemuka beberapa puluh tahun dahulu, beliau jauh ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya dari segi pangkat disebabkan tidak bersosial dan ‘tidak minum’ untuk meraikan majikannya meskipun prestasinya memberangsangkan. Ini adalah normal, bahkan lebih dasyat lagi pada zaman sekarang. Sanggup menggadaikan maruah sebagai seorang Muslim semata-mata mengejar kekayaan. Maruah tergadai hanya dengan wang ringgit RM10, sepinggan nasi dan sekotak rokok.
Melihat kepada keberanian Perdana Menteri Turki, Erdogan pada Konferensi Davos menghentam pemimpin Israel dan barat secara berdepan dan keluar dari persidangan tersebut akibat berat sebelahnya persidangan tersebut. Inilah izzah sebagai pemimpin Islam dan sanggup menanggung risiko semata-mata mempertahankan saudara di Palestin. Inilah jiwa pemimpin yang Merdeka, memberi kekuatan dan semangat kepada umat Islam. Bukan hanya heboh dengan slogan dan agenda peribadi yang hanya menguntungkan beberapa jiwa sahaja. Sama juga, Muntadhar, seorang wartawan di Iraq yang membaling kasut ke arah George Bush disebabkan bencinya beliau kepada pemimpin taghut. Beliau pasti tahu, risiko yang dihadapinya akibat perbuatannya. Bukan kerjanya sebagai wartawan yang asyik heboh memutarbelitkan dan memalsukan fakta disebabkan sesuap nasi.
Kita belajar dalam sejarah, bidang kewartawanan, penulisan dan media inilah yang membangkitkan semangat untuk menggapai kemerdekaan. Adanya tokoh seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan), Rahim Kajai (Bapa Kewartawanan), Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Burhanuddin al-Helmy dan lain-lain yang terlibat secara langsung dalam kemerdekaan Negara. Bahkan media seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman pada ketika itu berperanan mencelikkan mata orang Melayu dan membangkitkan semangat mereka. Berbanding zaman sekarang, bidang inilah yang merencatkan pemikiran masyarakat ke tahap yang menghinakan dan menjijikkan. Sebaliknya, media-media sekarang lebih kepada unsur gosip, fitnah dan memecah belahkan perpaduan kaum. Sedih sekali, anak-anak atau adik-adik kita yang dibesarkan dengan suasana yang tidak membina.
Sepatutnya, kondisi masyarakat sekarang menjadikan kita malu kepada dunia luar. Malu kepada masyarakat Iraq, Palestin, Turki dan lain-lain. Kita banyak mempelajari sirah Rasulullah, para sahabat dan sejarah kemerdekaan Negara kita. Namun, di mana impaknya? Sama ada sejarah kemerdekaan telah diselewengkan atau gagal dihayati oleh masyarakat. Andai Tunku Abdul Rahman al-Haj digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Rasulullah lebih layak digelar dengan gelaran yang lebih hebat dari itu. Baginda telah memerdekakan umat manusia kepada perhambaan kepada Allah. Baginda telah memecahkan berhala di hati para sahabat dan telah menyatukan seluruh umat di bawah panji Islam. Berhala pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai penyembahan kepada kuasa lain seperti taghut, pemimpin, majikan, kuasa, pangkat dan wang ringgit yang menjauhkan seseorang itu dari Islam. Cuba kita semak kalimat syahadah “La ilaha ill Allah” yang menafikan segala kuasa selain dari Allah.
Semoga dengan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52, kita muhasabah diri kita, adakah jiwa kita ini telah merdeka. Semoga kemerdekaan ini dapat dihayati dan mampu kita kembalikan semangat perjuangan harmoni seperti pejuang-pejuang kemerdekaan dari zaman Rasulullah hingga sekarang.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Friday, August 28, 2009
Harapan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Friday, August 21, 2009
Marhaban Ya Ramadhan
Berbeza dengan bulan-bulan lain, bulan Ramadhan adalah di mana bulan di umat Islam berebut-rebut hendak solat berjemaah di surau atau masjid meskipun hanya Solat Isyak dan Solat Tarawikh. Juga di mana umat Islam begitu menghargai azan solat meskipun hanya azan Maghrib untuk berbuka puasa. Jarang sekali kita lihat surau dan masjid penuh sesak sehinggakan ramai jemaah yang terpaksa solat di luar semata-mata untuk menghayati suasana bulan Ramadhan.
Sungguh, ganjaran yang Allah Taala janjikan kepada orang yang berpuasa sudah tentu tidak ternilai harganya. Mana mungkin ganjaran yang Allah bagi sama seperti ganjaran dari manusia bernama ibubapa, pengurus ataupun pemimpin negara. Itulah nikmat yang Allah Taala berikan kepada hamba yang dikasihi.
“Sahl bin Sa’ad r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : Sesungguhnya di syurga ada pintu bernama Ar-royyaan tempat masuk daripadanya orang-orang yang puasa, pada hari qiamat, tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang puasa, dipanggil oleh penjaganya: Di mana orang-orang yang telah berpuasa? Dan tidak dapat masuk di situ kecuali mereka saja dan jika telah selesai maka ditutup dan tiada masuk selain mereka saja.” (Bukhari dan Muslim)
Setiap kali menjelangnya Ramadhan, saya sering kali ditanya oleh rakan sepejabat khusunya wanita tentang bolehkah berpuasa sehari sebelum Ramadhan? Saya sempat membelek kitab Riyadhus Solihin mengenai masalah ini dan menjumpai beberapa hadith yang membicarakannya.
“Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan kecuali jika bertepatan kebiasaan seseorang puasa maka boleh meneruskan kebiasaan itu.” (Bukhari dan Muslim)
“Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika tinggal separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu puasa (sunnat).” (Attirmidzi)
“Abul-Yaqdhan (Ammar) bin Yasir r.a. berkata: Siapa puasa pada hari yang masih diragu-ragukan (iaitu tanggal 30 Sya’san), maka ia telah ma’siat kepada Abul-Qasim (Muhammad) s.a.w." (Abu Dawud dan Attirmidzi)
Rasanya kita boleh memahami konteks dan maksud hadith tersebut. Justeru itu, andainya perlu untuk mengqhada puasa yang lepas, ayuh cepat-cepatlah lakukan. Dalam tempoh 11 bulan di antara dua Ramadhan, mengapa kita memilih bulan yang terakhir, minggu yang terakhir dan hari-hari terakhir untuk melakukannya?
Justeru, dengan menjelangnya bulan Ramadhan, jadikanlah suatu momentum yang cukup deras untuk diri kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika pada zaman Rasulullah, baginda bersama para sahabat berperang mempertahankan kesucian Islam, bagaimana pula dengan diri kita. Jangan disebabkan puasa, kualiti studi dan kerja kita merundum. Kepada adik-adik yang mengambil UPSR pada bulan Ramadhan pada tahun ini, jadikanlah sirah Rasulullah sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dan berjaya.
Semasa saya berada di USM (2002 - 2006), selalu sahaja berbuka puasa bersama sahabat-sahabat, bertadarus dan beri’tikaf di masjid-masjid di sekitar Nibong Tebal. Saya cukup rindukan saat-saat dan sahabat-sahabat itu. Apabila sudah bekerja, masih tidak terlepas dengan aktiviti-aktiviti sebegitu. Saya cukup merindukan i’tikaf di 10 malam terakhir di tempat biasa, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak di mana suasana cukup menggamit perasaan untuk beriktikaf di sana.
“Ibnu Umar r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. melakukan i’tikaf di masjid pada hari-hari sepuluh yang akhir bulan Ramadhan.” (Bukhari dan Muslim)
Masjid-masjid itu bagaikan melambai-lambai saya ke sana, hinggakan saya berasa segera hendak mengakhiri artikel ini seolah-olah hendak ke sana. Insya Allah, dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadhan ini.
Monday, August 17, 2009
Family Day
Beberapa minggu yang lepas, saya baru sahaja menyertai Program ‘Family Day’ di Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Sudah lama menantikan program sebegini untuk mengeratkan kembali ukhwah-ukhwah yang renggang dek kejauhan. Boleh sahaja diibaratkan sebagai reunion untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang lama. Sudah tentunya, Family Day kali ini disertai oleh sahabat-sahabat yang berbeza umur, berbeza pekerjaan, berbeza kursus pengajian, berbeza status, berbeza pengalaman dan juga berbeza pendapat. Tetapi, itu tidak sedikit pun menghalang berukhwah dalam menjalankan aktiviti. Ternyata, nostalgia semasa berada di Universiti Sains Malaysia sesi 2002 – 2006 muncul kembali khususnya apabila berada dalam jalan tarbiyah bermula Julai 2003 hingga sekarang.
Di antara aktiviti-aktiviti yang masih dalam benak pemikiran ialah Flying Fox dan Malam Persembahan Islam. Ketika hendak melakukan terbangan flying fox, ternyata, perasaan gayat muncul lagi. Gayat pada ketinggian ditambah pula untuk menyeberangi kelebaran Sungai Perak menyebabkan saya berfikir berulang kali. Teringat ketika berada di Tingkatan 5, semasa menyertai Perkhemahan Pakaian Seragam, saya diminta mewakili PBSM untuk aktiviti flying fox. Melihat pada kedudukan launch yang amat tinggi, perasaan gayat terus menyelubungi diri. Lantas, terus meminta kawan lain untuk menggantikan. Tetapi, Alhamdulillah, kali ini, dapat juga melakukan terbangan walaupun gayat masih menghantui. Mungkin, melihat aksi-aksi yang menarik sahabat-sahabat menyebabkan perasaan gayat berkurangan.
Aduhai diri, ini baru aksi yang biasa atau enteng. Belum lagi aksi berkuda, berpedang, menyerbu dan diserbu. Andai aksi yang enteng ini pun kau masih gayat, bagaimana dengan aksi yang lebih dasyat dari itu, pasti kau akan ketinggalan. Sudah tentunya, saya menantikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dari itu pada masa akan datang.
Ketika Malam Persembahan Islam, terserlahlah bakat lakonan, nyanyian, bersyair (‘sekali syair daa’), sketsa dan lain-lain pada diri setiap peserta. Sayangnya, belum ada sahabat-sahabat yang mampu melakukan persembahan terkini seperti tarian moon walking dan sebagainya.
Pada pendapat saya, hiburan dalam Islam tidaklah terhad hanya kepada nasyid sahaja. Tiada masalah untuk mendengar lagu-lagu berunsur pop atau balada selagi bentuk penyampaian dan lirik tidak terpesong atau lari dari jalan Islam.
Sebagai contoh: “Bagaikan syurga tanpa bidadari....” – lirik Sonata Musim Salju.
“Sungguh, orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman. (Iaitu) di dalam taman-taman dan mata air – mata air. Mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadapan. Demikianlah, kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.” (Ad-Dukhan, 44: 51-54)
Bagaimana mungkin tiada bidadari dalam syurga sedangkan di dalam Al-Quran, jelas-jelas mengatakan bidadari itu wujud dalam syurga. Meskipun ramai dari kita beranggapan, lirik itu hanyalah kiasan, tetapi biarlah kiasan itu tepat dan tidak menafikan ketetapan Allah. Masih terdapat banyak lirik-lirik lagu yang jelas terpesong dari jalan Islam secara sedar atau tidak seperti Cintaku 100% dan lain-lain (saya pun dah tak ingat, banyak sangat kot).
Saya tertarik dengan usaha Tuan Guru Nik Aziz yang sudah mendekati penyanyi rock ulung negara, Amy Search. Semoga usaha beliau mampu kita ikuti untuk mentarbiyah jiwa-jiwa peminat seni. Tarbiyah bukanlah untuk mengubah jiwa seni seseorang itu tetapi bagaimana hendak kita mengambil manfaat potensi yang ada pada diri sesorang untuk Islam. Seharusnya, kita perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa hanya lagu nasyid yang harus didengar manakala hiburan yang lain haram hukumnya. Saya masih belum mampu untuk menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan hiburan ini. Cuma, pernah tak kita terfikir, andainya Islam memerintah Malaysia ini, adakah hanya irama nasyid yang berkumandang di radio dan televisyen? Sudah tentu masyarakat atau para dai’e harus mencari alternatif dalam hiburan Islam dan bukan hanya menghukum atau mengharamkan sesuatu bentuk hiburan.
Irama Nasyid juga semakin lama semakin perlahan momentumnya berbanding pada pertengahan era 90-an yang menampilkan Raihan, Rabbani dan Hijjaz yang mempunyai aura yang tersendiri. Album ‘Puji-Pujian’ dari Raihan yang mencatatkan kutipan 600 000 unit masih belum dapat diatasi hingga sekarang. Pemergian Ustaz Asri bin Ibrahim (vokalis utama kumpulan Rabbani) ke rahmatullah pada minggu lepas sudah tentunya memberi kesan yang cukup mendalam kepada penggiat nasyid, penggemar nasyid dan aktivis dakwah. Ternyata, masyarakat sekarang menantikan kembalinya hiburan-hiburan alternatif terutamanya irama nasyid yang menyampaikan mesej dakwah seperti yang dibawa oleh Raihan, Rabbani, Hijjaz, Yusuf Islam, Ruhul Jadid, Shoutul Harakah dan Izzatul Islam.
Semoga dengan berlangsungnya Family Day atau Hari Keluarga ini, terus merapatkan ukhwah sesama peserta. Semoga dengan ukhwah yang rapat menjadikan iman dan takwa semakin meningkat. Dengan ukhwah ini, sudah pastinya kita sedia terus mengembara dan memasuki ke alam masyarakat yang makin lama makin jauh dari Islam. Tetapi, usah dilupa kepada keluarga kita sendiri yang lebih dekat dengan diri kita.
“Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat, 49:10)
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu (Muhammad) yang terdekat.” (Asy-Syu’ara’, 26: 214)